CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, 26 November 2012

camera......

haaaaaa ada cerita nie....tetiba teringat pasal camera pulak.....alahaiiii sekarang nie punyalah banyak jenama camera...ada tue tak perlu susah payah...beli handphone canggih sikit, haaa camera dia pun canggih gak kan...korang ingat tak dulu camera masa korang sekolah tadika...sekolah rendah...alahaiiiii yang pakai kodak tua kan...ada kodak 32, 36, 42...hahahahahaha..bila nak pergi bercuti, sibuklah lah mak ayah nak gi kedai gambar dulu..nak beli kodak 2-3 gulung.....


kamera kodak

ingat lagi tak...???

ingat lagi..??? bila guna camera nie tak boleh nak zoom-zoom sangat kan..kenelah bergerak kedepan belakang kalau nak kasi penuh satu kamera kan..hahahaha..tapi apa yang bagusnya camera nie...haaa perasan atau tidak bila kita gunakan camera nie mesti kita nak ke kedai cuci gambar...dapat satu album kan..dapat juga kita simpan album untuk kenangan....

tapiiiii...

zaman yang serba canggih dan moden nie pelbagai gajet-gajet yang terkini keluar dipasaran...kalau sebut pasal camera, macam-macam brand dan design kita dapat tengok...sehinggakan kita tidak perlu beli camera yang canggih dan cukuplah sekadar beli handphone yang baik kualitinya beserta camera yang canggih...nahhhh sekarang semuanya ada kan....gambar yang cantik dan berkualiti boleh terhasil dengan adanya kemudahan yang canggih...tak yah susah-susah nak beli kodak...tapiiii...haaaa ada tapinya kan...

perasan tak kadang-kala gambar yang kita ambil sekarang nie jarang kita adaptasikan kepada bentuk album...jarang nak pergi start enjin kereta ke kedai gambar untuk g cuci kan...kawan2, sedara mara datang rumah susah nak tengok gambar....haaaa simpan dalam lappy...??dalam cd..?? time tu lah terhegeh-hegeh buka laptop...kat fb lah..twitter lah..mokcik pokcik kat kampung tu boleh ker nak tengok semua tue...sampai takat mana jer kita mampu simpan sooft copy tu dalam komputer anda....kononnya ada di fb..sampai bila jer kalau gambar tue bertepek kat fb anda...

kalau semua gambar kita cuci dan masukkan ke album mungkin lebih menarik...boleh disimpan lama sehinggakan anak cucu boleh tengok kan...kalau tak masakan anda dapat tengok gambar kawin tok nenek korang kan..walaupun ianya sekadar hitam putih...dengan cara nie juga korang boleh eratkan silaturrahim bersama keluarga pabila dapat mengimbas balik kenangan lalu bersama....

wwwaaahhhhh seronok kan...jom lah kita gi cuci gambar... :)

pabilaaaaa.....

haiiii...sudah lama rasanya pena ini tak menari-nari dilayar maya..heemmm moga semua senyum dan sihat..sayang..kasih...cinta....waaahhh budak-budak seawal usia 9 tahun pun sudah pantai tersenyum simpul pabila ditanya perihal ini..masakan tidak, dunia serba canggih dan moden nie apa saja mereka sudah ketahui..kali ini bukanlah bercerita berkaitan kanak-kanak itu...tetapi kehidupan seharian yang mungkin kita, kawan atau saudara sendiri yang merasainya...

sangat indah pabila disulami dengan kasih cinta dan sayang..bersama yang tersayang adalah sesuatu yang mengembirakan...bersama si dia seakan hilang sedikit bebanan yang ada kerana DIA ADALAH CINTA HATI....untungnya lah kan bila ungkapan itu terkeluar dari bibir mulus sang kekasih...****pengsan...hahhahahha.

haiiiii indahnya lah...sweet-sweet jer kan...tapi tersedar ke tak...rasanya ketahui ke tak pabila dilanda dugaan, macam-macam perkara terjadi kalau kita sendiri tidak sabar dan tabah...kadang kala pasangan kita boleh abaikan kekasihnya secara perlahan apabila ada pihak lain terlalu caring sangat perihal kamu.."haii buat apa...sihat..??? dah makan..??sibuk sangat ker...??ok take care tau"...haaaaaa mudahkan..bila terasa dihargai mulalah hati berubah...moga  kita bukanlah diantara golongan dan individu yang akan mengambil kesempatan.....

kita mengimpikan perhubungan yang baik..perjalanannya kalau boleh biarlah sempurna kan..cuma hati sendiri yang kene jaga..kadang kala kita fikirkan kita sudah buat yang terbaik tapi sangkaan kita tak tepat..banyak cabaran dugaan dan godaan kat luar sana..kalau bukan mereka yang mulakan mungkin ANDA sendiri yang mulakan...

moga anda dan pasangan bahagia hinga ke syurga....****amin.... :)

Sunday, 4 November 2012

mana bunga telur....

haaiii bila tiba hujung tahun ramai sangat yang melangsungkan perkahwinan...tapi sekarang nie pun dah tak perlu tunggu hujung tahun kan...bila-bila masa orang dah leh kahwin kan...seronoknya tengok pasangan yang melangkah ke fasa seterusnya di dalam kehidupan mereka...pasti persiapan yang lebih awal yang telah dibuat...adoiii cantik nyer la kan pelamin, baju pengantin, hantaran, sampaikan ada baju seragam untuk ahli keluarga lagi kan.uuuiiii seronoknyaaaa... :)

tapi......aaaiittt ada tapi gak ker..hehehehe...perasan kah kita bila melihat kepada buah tangan yang diberikan...teringat zaman dulu-dulu...cukuplah sekadar telur jer kan...itupun dah cukup...sekarang.......waaaaa macam-macam kita dapat bila ke rumah pengantin kan..ada yang bagi coklat, cawan kain sapu tangan + sudu garfu, cup cake..muffin...haaiisss macam-macam lah kan...pernah dapat sebungkus bag yang pelbagai makanan ada di dalamnya....????pernah kan...ada gula2..keropok..air mineral or air kotak, jelly...tahukah anda bila kita kira balik harga barang-barang tersebut lebih mahal dari bunga telur yang dulu-dulunya kita beri pada tetamu....dan tahukah anda kadang kala golongan penerima bagi barang atau buah tangan tersebut adalah golongan dewasa..tetapi barangan yang diberikan layak untuk kanak-kanak...heeeemmmmm..lebih baik kita amalkan penggunaan telur je kan...kesian pakcik makcik kene makan keropok bantal, keropok durian, biskut jagung la..gula-gula macam-macam color lah...

kadang kala haruslah kita melihat dan berfikir jauh sikit siapa yang bertandang ke rumah kita...samada golongan kanak-kanak ataupun dewasa...selain itu , kita sendiri boleh save budget kan....beli banyak-banyak macam itu lagi besar sebenarnya ongkos yang perlu dikeluarkaaaaaannnn...


Tuesday, 30 October 2012

DIA...siapa.....??


siapa dia..ada juga yang mengenali dia dan ada juga yg kurang kenal siapa dia....baru jer berumur 26 tahun..ok lah kan..matang dah...berasal dari kemayan pahang..penyampai radio di salah sebuah stesyen radio swasta.... dulunya di manis fm (kelantan)..negeri fm (n.sembilan) dan sekarang di THR Gegar (astro)...sangatlah bising bila dah buka mulut....asyiklah bercakap jer...mengalahkan mak ngah2 ....



mengenali dia bukanlah sesukar yang disangka...sepatah kita cakap berpuluh patah yang dia balas..selain menjadi penyampai radio sebagai sumber pendapatan tetap, shah juga selalu juga buat event / program luar dengan badan kerajaan mahupun swasta...contohnya di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan, shah pernah mengendalikan karnival pelancongan pelajar peringkat negeri..seronok memang tak hingat..terasa macam budak sekolah balik pulak...




konsert hiburan pun macam tu juga...seperti karnival wow..pesta air negeri sembilan...konsert hiruk pikuk, floria fest dan macam-macam lagi..shah pun turut membantu menceriakan majlis dan kenduri-kenduri kahwin...haaaa jom.... :)

ramlah ram...tetibe boleh pulak berduet dgn artis meletoppp nie...he3

bersama nasa thr gegar..menjayakan program berbuka puasa bersama media dan  selebriti

bersama man raja lawak ketika floria fest putrajaya
bersama rakan selebriti ketika menjayakan majlis berbuka puasa bersama media

edrie hashim...akustik raya astro..
abg jamal....mmg terbaik hero nie...
bersyukur kerana dianugerahkan bakat sebegini untuk tampil kehadapan dan menceriakan pengunjung yang hadir...kerana bakat ini juga shah telah belajar dan perbaiki segala kesilapan semasa mengendalikan program-program ini...ditemukan dengan barisan artis yang hebat, shah akan cuba buatkan yang terbaik agar setiap konsert mahupun program2 tertentu agar tidak kering gusi dan menghiburkan...

legend football malaysia...zainal abidin 

pak nil...terbaikkkkk

karnival wow putrajaya bersama abg aidiel ghaffar

penat gelak duduk dengan si Johan nie

otaii kita...salleh yaakob..
bila berdamping dengan mereka yang hebat nie semua buatkan shah ingin terus belajar dan majukan diri ke tahap yang lebih baik dari sekarang...mohon semua doakan yang terbaik yerrr.......hasil usaha shah...nama shah telah tercatat di dalam Malaysia Book of Record..bersiaran 120 jam tanpa henti..kejayaan besar di dalam arena penyampai radio telah menyuntik semangat shah untuk menjadi yang lebih terbaik....


shah harapkan kejayaan ini sebagai pemangkin untuk mengecapi kejayaan-kejayaan yang shah impikan...shah bahagia, happy dan cintakan apa yang ada sekarang ini...moga kalian semua doakan untuk shah yerk....... :)    (*****tetibe saya menjadi shah......tettttttttt............shah lah..hehehehehe)


kita dan dia....

waahhh kisah cinta pulak ker...fenomena kisah cinta agaknya sekarang nie kan..hehehehe kenapa dia dan kau..kenapa..kenapa...adoiii bila diungkapkan tentang perasaan pasangan harus panjang lebar penjelasannya kan..ianya melibatka hati dan perasaan..kadangkala ianya melibatkan juga tentang hati mereka yang lain...best la tu dok cinta-cinta nie yer...suka sangat lah tu...

yeaa wahai rakan...seronoknya bila masalah..susah senang suka duka pahit manis jatuh bangun sihat sakit boleh dikongsi bersama kan...bahagianya bila melihat kawan-kawan semuanya mengecapi bahagia mereka...haaa bila pula masa untuk kita...yaaaaa..tuhan telah pun tuliskan jodoh kita selengkapnya...sabar yaaa..belum masanya lagi...

haaaaa...????banyak dugaan...???yaaa pasti ada dugaannya...macam-macam kan...kita yang duduk dengan adik beradik serumah nie pun ada juga yang bertikam lidah, gurau-gurau manja...inikan orang yang tak pernah kita ketahui hidupnya sebelum ini...sabarrr....yaaa sabar je lah kan..hidup ini sangat lah macam-macam dugaan dan cabarannya...

beralah..yaa cara yang berkesan mungkin...moga-moga semunya mengecapi dan perolehi apa sahaja impian kan..waahhh dah macam pakar cinta pulak...ntah apa mengarut buka topik ini aku pun tak tau....

bye sayang... :)

Monday, 29 October 2012

kita bukan nak jadi terbaik...tapiiii.........

bukanlah ingin menjadi yang terbaik atau sempurna tapi kita sendiri boleh menilai dan melihat kesempurnaan itu....bukanlah ingin menjadi terbaik tetapi kita sendiri boleh fikirkan apa yang baik harus kita lakukan...kenapa kita mesti hebohkan, tonjolkan seolah-olah kita sudahpun berubah tapi hakikatnya.......yeaaa kita nie hanya orang luar sahaja, tapi orang luar inilah yang melihat anda..orang luar inilah yang memandang anda.......

bukanlah mencari kesalahan orang, tapi ini juga yang perlu kita titik beratkan..berubah...??apa yang diubahkan...heemmm contohnya seantero malaya sudahpun ketahui yang kau telah mengenakan hijab....tapi gambar-gambar yang kau tayangkan kat laman sosial kau selepas perubahan yang kau lakukan sendiri masih tidak mengenakan hijab...malah baju kau sendiri pun hampir terdedah dengan macam2 panorama....jadi gambar-gambar yang mengenakan hijab tu sekadar ingin mendapat pujian sahaja kah...??yeaaa kau bukanlah glamor sangat pun, tapi perlulah fikirkan kebaikan dan keburukannya apa yang kau lakukan..

setelah berubah, boleh kau sukahati depan rakan sekerja buka tudung...tapi bila nak tangkap gambar cepat-cepat kau pakai tudung...elok jer nampak..coz kejap lagi harus orang luar akan komen yang elok-elok...mana pendirian kau yang sebenarnya...heemmm aku bukanlah yang terbaik, tapi kalau boleh kita elakkan perkara ini berlaku, apa salahnya kan..

kadang-kala orang bercerita mengenai kau bukanlah kerana benci tapi sayang kenapa perubahan yang dilakukan tidak menepati cara yang betul..haruslah kau fikirkan semua itu..jangan nak dengar pujian orang sahaja..orang kata kenapa perlu buat secara paksa...tapi kalau tidak dipaksa kemanakah kita...ianya bukanlah soal ikhlas atau tidak, ianya soal WAJIB......

aku juga bukanlah yang terbaik....tapi kalau boleh ingin elakkan ianya terjadi..

Friday, 28 September 2012

....beruntungnya kita...

hari ini..waaaa ramainya yang duduk depan tv..dengar radio...amboiiiiii makngah..mak long..pak teh..pak su..mak itam..pak uda kusyuknya tengok budget 2013...ada lar tu yang tersenyum senyum kan...ada yang dapat bonus ker..ker ada yang dapat bantuan lain...ker lebih mudah berurusan dengan pelbagai kemudahan untuk kenikmatan pembelian sekian sekian dan sekian....nampak bertapa bagusnya bila kita dengar belanjawan yang dibentangkan petang tadi...walaupun tak banyak mesti ada yang dapat walau sedikit kan...

kita selalu fikir..bagusnya orang kerajaan..kerja tak banyak.kerja senang..bonus berlambak-lambak...adoiii ayat mak cik...sedapnya keluar dari mulut...(eehh aku pun bukan org gomen)...tapi kita sebenarnya boleh lihat yang bukan begitu sebenarnya..zaman telah berubah...jadi pekerja harus tingkatkan prestasi mereka setiap hari..mereka juga ada penilai yang menilai kerja mereka..jadi tak mahu lah ayat yang begitu sadis di dengar lagi kannnn...


bila budged 2013 dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri tadi semuanya boleh tersenyum..walaupun kau bukannya orang kerja kerajaan tapi ada juga bahagian kau...BRIM masih boleh dimohon..malah anak-anak muda 21 tahun ke atas layak mohon bantuan dari kerajaan..nampak ke tidak..tp janganlah lah pulak tidak jujur...adik-adik yang sekolah pun dapat juga bantuan seperti tahun 2012 ini..haaaa apa lagi..apa lagi yang tak cukup..tapi untuk menyedapkan selera semua rakyat dan masyarakat amatlah tidak adil pada kerajaan sendiri kan...(jangan nak minta bukan-bukan)..pembelian rumah..kemudahan artis dan atlit...tak juga dilupakan..ayat yang best dengar masa budged dibentangkan tadi "kalau dah namanya hutang, perlulah bayar"...yaaa betul...so janganlah nak harapkan PTPTN anda semua dimansuhkan..dah nama pun dulu pinjaman kenalah bayar....so jangan buat2 pandai tak mau bayar ok..adik-adik kita yang tengah belajar tu masih perlukan bantuan PTPTN tu juga...(jangan lepak tekak kau saja)..

bertuah dan beruntungnya kan...tapi masih lagi ada yang tak puas hati..haaa biasa lah tu..adik beradik pun bergaduh..boleh berebut macam-macam...inikan pula kita yang tak kenal rakyat-rakyat jelata (amboii ayat nak hebat)..ada saja silapnya...apapun...kita harus bersyukur..berbangga dengan negara kita yang aman..harmoni...dan elakkan kan dari pepecahan....bestnyerrrr........

Sunday, 23 September 2012

KERJA...

haiii haiii haiiii...haaaa pasal kerja....hampir semua orang pasti ada kerjanya kan..walaupun anda seorang pelajar mahupun suri rumah....ini kan pula pekerja-pekerja yang sudah sedia ada kerjanya tak kira lah di pejabat mahupun di site...haiiii..sepak terajang kerja ni pun agak pelbagai untuk diterjemahkannya....macam-macam hal...kadang kala yang tengah sakit kat hospital itu pun masih gagah nak buat kerjanya...kononnya nanti kerja tu tergendala...jadi nampak tak bertapa pentingnya perkataan KERJA tu...masakan tidak, itukan punca rezeki yang nak suap kat mulut sendiri..itu baru mulut sendiri..belum lagi mulut-mulut yang lain mintak diisi...

definasi kerja sangatlah meluas..tapi tidak kah kita sedar kadang kala kerja juga buat kita sakit...tension..happy...pasal kerja juga ramai yang masuk hospital...tapi...ada juga segelintir manusia yang kadang kala iri hati dengan kerja kita...ye lah...kita tak sesibuk dia...tak juga bising-bising macam dia...(kerja tak da lah banyak..bawak kertas sehelai, bising satu bangunan...banyak kerja konon)..ada pula yang saja cari pasal...dia tak tau mungkin kerja kita lagi banyak dari dia...tapi kita memang tak reti nak tunjuk-tunjuk...helloo..kerja mestilah ada check list...kalau ada check list kan mudah..kita ikut jer..tak adalah istilah akan dimaki..dijerit depan orang nanti...memang lah setiap orang ada masalahnya tapi kalau kita dapat atasi dengan mudah, kan senang nanti..

ada juga yang kadang kala, saja lalu depan meja kita..nak tengok kita buat apa...bila dah dapat salah silap kita adoiii mulalah kecoh satu office...kira kita nie lah yang tak buat kerja..jadi bila orang tu yang buat macam tu, ada kerja kah dia...haaa sama juga kan...ada juga kisah boss dah suruh dia pergi meeting...amboiii dia punya keluar macam dia betul-betul masuk meeting tu..selang dua minggu minit mesyuarat sampai, tiba-tiba nama dia tak ada...haaa mana dia pergi...tuhan maha mengetahui kan....boleh pulak lagi dia cakap orang tu tak tulis nama dia...hello..mana ada orang nak tulis nama awak...awak yang kena tulis nama sendiri..kena sign lepas tu...ahahahahah terbukti sebenarnya...pergi sana siap claim..hilang entah mana....sangatlah berkat duit claim awak tu...(issh jangan buat macam ni tau..ini adalah laporan yang pernah diterima saja..kalau terasa..oppsss padan muka....:)  )

(haaaaa tak buat kerja la tue...)

macam cerita kalau nk dirungkaikan..tak habis rasanya nanti..kerja dengan jujur dan ikhlas kan senang..ujung tahun dapat anugerah cemerlang..tiba-tiba boss baik hati bagi bonus..waaaaaa bestnyer..ini tidak..asyik lah selak salah orang..ukur baju kat badan sendiri yer saudara...masih ada kain yang sengteng kat diri tu...setiap orang punya skop kerja yang berbeza...jadi tak perlu pertikaikannya walaupun anda semua duduk bawah satu bumbung...(nama jer jantina sama, tapi selera makan lain-lain kan)....alangkah indahnya kalau kita semua bersih dari segala prasangka buruk tu...heeeeemmmm bila lad agaknya dapat keadaan dan suasana begitu......

Thursday, 20 September 2012

HARTA TIADA..RUPA APATAH LAGI...JADIIIIIIII...

kenapa topik nie...haaaa sebab sikap sebenarnya...adakah tidak didik dari kecil...atau bila dah besar ianya berubah sikap....atau pengaruh kawan kah....keadaan sekeliling kah...macam-macam faktor kan....kita nie bukan duduk dalam dunia kita sendiri..kita nie dikelilingi oleh orang lain juga..jadi SIKAP adalah faktor utama yang perlu kita jaga pabila berhadapan dengan orang lain....kita pun kadang kala jelik dengan sikap manusia lain yang tah apa-apa...tapi sedarkah kita macam mana penerimaan orang lain terhadap diri kita...??

harta tiada..rupa apatah lagi....jadi sikap atau perangai lah yang menjadi perkara utama supaya orang lebih menghormati kita...janganlah suka cakap tempik2...padahal kawan tu ada kat depan jer kan...belum kira ayat yang kuar dari mulut lagi...addoiiiii...tak tahan dengar...bukan lelaki jer yang buat macam tu..kadang kala perempuan pun sama kan...bukanlah nak sebelah kan mana2, tapi itulah kenyataan..haaissss mintak2 kita dijauhkan dari perangai2 tu kan....

eeeerrkkk.....itu baru percakapan..banyak nyer kalau nak dirungkaikan satu persatu...public..???haaa itu belum kira lagi kan...dah terang lagi nyata satu2 tempat itu hanya dikhaskan pada orang2 tertentu saja...kita dengan bangganya duduk lepak kat sana...

nak buat macam mana...ia kadang kala tidak diajar masa sekolah dulu..tapi diri sendiri tahun demi tahun umur pun meningkat, boleh kita fikir bagaimana cara untuk mengatasinyaaaa.....




KITA....DAN FENOMENA GAJET...

kalau nak dibandingkan dengan 10 tahun dulu banyak sangat perubahannya..sekarang budak sekolah tadika pun dah ada handphone sendiri...itu belum lagi gajet2 yang lain..PSP..Playstation..IPAD...huhhhh..kalau nk sebut satu2 memang banyak...malah mereka lebih bijak guna dari kita (kadang-kadang)...zaman2 kita dulu, habis sekolah baru lah dapat beli handphone..itupun yang kalau jatuh tak pecah..tak calar...memang stok kebal nyer..apa tue..n*#i# *31/.. kan...kalau budak2 sekolah time tu ada hp jenis tu..kira hebat dah...sekarang..??pandang pun tak mau dah..leh buat frame jer..ada yang simpan dah dalam almari...

kalau lah boleh kita kenangkan balik, dulu bila keluar dengan kawan2, duduk satu table memang kecoh gila..bila gelak sakan sampai pakcik makcik sebelah dah jeling2..sampai terangkat2 lar kerusi tu kan..betapa akrab dan seronoknya ketika tu..sekarang....???memang tak dinafikan masih juga keluar dengan kawan2...tapi semuanya dengan gajet masing2..ada tu sampai leh massage dekat kawan depan nk minum apa...adoiiii sampai macam nie kah..??group tu akan jadi senyap jer...tak ada cerita yang boleh digelakkan..dikecohkan...(***rindunya saat yang begitu kan :(   )

sekarang nie kita mengejar kecanggihan gajet..ada sahaja keluaran handphone dan gajet2 terkini dipasaran..macam-macam application baru yang diberi..duit untuk beli bukan jadi masalah sekarang...sanggup ikat perut asalkan kemahuan untuk seiring dengan kawan2 yang lain dipenuhi...dalam masa setahun jer berapa punya banyak gajet2 yang canggih dikeluarkan..memang rambang mata kalau nak pilih..sedikan ongkos nyer aja...tak susah pun kan......

bila ada semua nie kita seakan senyap...dah tak bising2...mata pun asyik tertumpu pada screen tu jer kan...kemeriahan dengan kawan2 seakan hilang......kesian pulak kat kawan yang hanya ada handphone biasa tukan...duduk lar tengok2 kawan yang canggih sangat tueeee....

Wednesday, 12 September 2012

KITA...JALUR...GEMILANG...

Lupakah hampir 11 tahun kita berdiri masa perhimpunan sekolah (x kire lg tadika n form6) sambil nyanyi lagu negaraku dan tgk bendera kita di kibarkan...kadang2 diri tu sendiri rasa segan kalau tak berdiri tegak..sehingga sekarang bila ada majlis2 tertentu kita juga dengan rasa bangga menyanyikan lagu tu sama-sama...kalau dilihat tak kira usia...anak2 kita yang belum sekolah pun turut alunkan bersama...lagu yang mudah untuk dihafal.

Masa zaman sekolah dulu tipulah kalau takda yang lukis bendera malaysia kita...yang tak buat tu mungkin tak datang sekolah n malas buat jer kan..bersungguh kira jalur merah putih supaya tak terlebih dan tak kurang...haaiisss kalau nk difikirkan best pulak kn kenangkan zaman2 sekolah...

Tapi sekarang...mana semangat kita yang dah pupuk selama 11 tahun tu..dalam tempoh yang singkat boleh hilang mcm tu jer..pengaruh apa yang boleh jadi sampai mcm tu...kalau bendera kita sekarang setiap warna nya punyai maksud yang sangat bermakna, apakah makna bendera yang nak sangat diangkat supaya menggantikan jalur gemilang kita nie...Negara-negara luar pun dah mengenali Malaysia dengan hanya melihat benderanya..Jadi tak perlulah susah payah nk gantikannya dengan bendera lain...Masih banyak perkara yang boleh buat untuk memacu ekonomi, pembangunan dan keamanan negara kita nie..

Tuesday, 11 September 2012

WANG....NILAI...DUIT...

susahnya sekarang nie kan...klu duduk kt kampung pn dgn zaman moden sgt nie mmg duit x penah cukup kan...slalu jer jadi isu tgh bulan...tgk muka masing2 pn dh tau..smpikan ada istilan biar awek x da...asalkan duit cukup...cer tgk org sbelah 2...ingat die senyum2 mcm 2 x da mslh duit ker..hehehehe..haaaa pentingnya duit 2 kn...msk jamban pn kene byr 0.50$ skarang nie...

bila ujung bulan jer smangat smua g ATM machine...waaa $$$$...tapiiii...kejap jer pegang duit byk 2...abis byr hutang...umah..kete...personal loan..ptptn (eehh wat2 lupa yer)..insurans....aaiittt tinggal bape keping jer 2....dah dok tersandar balik....tu belum kire tetibe kete da problem...gas umah tetibe habis...da pulak kwn2 wat reunion...kne bg deposit...hahhahah mcm2 mslh kn..mesti kdg2 terpk..."kalaulah tetibe jumpe duit dlm plastik..kalaulah boss tetibe bg banus"..eemmm bile lah nk dpt masa 2 kan....itu belum g tgk duit kt atm...kdg2 malu nk check balance..nnt org belakang nampak...(pdhal die pn sama jer)hehehehe..

tapi...sebenarnya kita lupa...kita tak pernah terfikir...kita malas nak tau...makanan yang berlambak kita beli tu semuanya DUIT...WANG...kita nie tak sanggup nak buang syiling walau 0.20$...0.50$...siap jumpe nie tepi jalan..kutip....(muka slamba jer) tapi kuih yg dah dok dlm tong sampah tu, itulah nilainya...kita tak sedar, sebenarnya byk duit kita yang terbuang.......

nak letewww

hehehehehehe akhirnya harinie la da mase nk getis2 kt blog nie...heemmm kenapa nk wat blog..??bkn lah sebab nk ikut org tapi rasenya ada gak tempat yg leh diluahkan selain kertas dan diary usangku kt dlm laci bilik 2...

bknnya nk cari publisiti tapi mungkin kt snie gak leh luahkan bakat x sengaja...idea yg tetiba...coretan yg tah apa-apa..dan setiap langkah yang ada..leh dikongsi dan dirasai....so salam kenal2 dari kisspipi kt snie...

Sunday, 2 September 2012

haiii haiii haiii...welcome home....