CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 26 November 2012

camera......

haaaaaa ada cerita nie....tetiba teringat pasal camera pulak.....alahaiiii sekarang nie punyalah banyak jenama camera...ada tue tak perlu susah payah...beli handphone canggih sikit, haaa camera dia pun canggih gak kan...korang ingat tak dulu camera masa korang sekolah tadika...sekolah rendah...alahaiiiii yang pakai kodak tua kan...ada kodak 32, 36, 42...hahahahahaha..bila nak pergi bercuti, sibuklah lah mak ayah nak gi kedai gambar dulu..nak beli kodak 2-3 gulung.....


kamera kodak

ingat lagi tak...???

ingat lagi..??? bila guna camera nie tak boleh nak zoom-zoom sangat kan..kenelah bergerak kedepan belakang kalau nak kasi penuh satu kamera kan..hahahaha..tapi apa yang bagusnya camera nie...haaa perasan atau tidak bila kita gunakan camera nie mesti kita nak ke kedai cuci gambar...dapat satu album kan..dapat juga kita simpan album untuk kenangan....

tapiiiii...

zaman yang serba canggih dan moden nie pelbagai gajet-gajet yang terkini keluar dipasaran...kalau sebut pasal camera, macam-macam brand dan design kita dapat tengok...sehinggakan kita tidak perlu beli camera yang canggih dan cukuplah sekadar beli handphone yang baik kualitinya beserta camera yang canggih...nahhhh sekarang semuanya ada kan....gambar yang cantik dan berkualiti boleh terhasil dengan adanya kemudahan yang canggih...tak yah susah-susah nak beli kodak...tapiiii...haaaa ada tapinya kan...

perasan tak kadang-kala gambar yang kita ambil sekarang nie jarang kita adaptasikan kepada bentuk album...jarang nak pergi start enjin kereta ke kedai gambar untuk g cuci kan...kawan2, sedara mara datang rumah susah nak tengok gambar....haaaa simpan dalam lappy...??dalam cd..?? time tu lah terhegeh-hegeh buka laptop...kat fb lah..twitter lah..mokcik pokcik kat kampung tu boleh ker nak tengok semua tue...sampai takat mana jer kita mampu simpan sooft copy tu dalam komputer anda....kononnya ada di fb..sampai bila jer kalau gambar tue bertepek kat fb anda...

kalau semua gambar kita cuci dan masukkan ke album mungkin lebih menarik...boleh disimpan lama sehinggakan anak cucu boleh tengok kan...kalau tak masakan anda dapat tengok gambar kawin tok nenek korang kan..walaupun ianya sekadar hitam putih...dengan cara nie juga korang boleh eratkan silaturrahim bersama keluarga pabila dapat mengimbas balik kenangan lalu bersama....

wwwaaahhhhh seronok kan...jom lah kita gi cuci gambar... :)

pabilaaaaa.....

haiiii...sudah lama rasanya pena ini tak menari-nari dilayar maya..heemmm moga semua senyum dan sihat..sayang..kasih...cinta....waaahhh budak-budak seawal usia 9 tahun pun sudah pantai tersenyum simpul pabila ditanya perihal ini..masakan tidak, dunia serba canggih dan moden nie apa saja mereka sudah ketahui..kali ini bukanlah bercerita berkaitan kanak-kanak itu...tetapi kehidupan seharian yang mungkin kita, kawan atau saudara sendiri yang merasainya...

sangat indah pabila disulami dengan kasih cinta dan sayang..bersama yang tersayang adalah sesuatu yang mengembirakan...bersama si dia seakan hilang sedikit bebanan yang ada kerana DIA ADALAH CINTA HATI....untungnya lah kan bila ungkapan itu terkeluar dari bibir mulus sang kekasih...****pengsan...hahhahahha.

haiiiii indahnya lah...sweet-sweet jer kan...tapi tersedar ke tak...rasanya ketahui ke tak pabila dilanda dugaan, macam-macam perkara terjadi kalau kita sendiri tidak sabar dan tabah...kadang kala pasangan kita boleh abaikan kekasihnya secara perlahan apabila ada pihak lain terlalu caring sangat perihal kamu.."haii buat apa...sihat..??? dah makan..??sibuk sangat ker...??ok take care tau"...haaaaaa mudahkan..bila terasa dihargai mulalah hati berubah...moga  kita bukanlah diantara golongan dan individu yang akan mengambil kesempatan.....

kita mengimpikan perhubungan yang baik..perjalanannya kalau boleh biarlah sempurna kan..cuma hati sendiri yang kene jaga..kadang kala kita fikirkan kita sudah buat yang terbaik tapi sangkaan kita tak tepat..banyak cabaran dugaan dan godaan kat luar sana..kalau bukan mereka yang mulakan mungkin ANDA sendiri yang mulakan...

moga anda dan pasangan bahagia hinga ke syurga....****amin.... :)

Sunday 4 November 2012

mana bunga telur....

haaiii bila tiba hujung tahun ramai sangat yang melangsungkan perkahwinan...tapi sekarang nie pun dah tak perlu tunggu hujung tahun kan...bila-bila masa orang dah leh kahwin kan...seronoknya tengok pasangan yang melangkah ke fasa seterusnya di dalam kehidupan mereka...pasti persiapan yang lebih awal yang telah dibuat...adoiii cantik nyer la kan pelamin, baju pengantin, hantaran, sampaikan ada baju seragam untuk ahli keluarga lagi kan.uuuiiii seronoknyaaaa... :)

tapi......aaaiittt ada tapi gak ker..hehehehe...perasan kah kita bila melihat kepada buah tangan yang diberikan...teringat zaman dulu-dulu...cukuplah sekadar telur jer kan...itupun dah cukup...sekarang.......waaaaa macam-macam kita dapat bila ke rumah pengantin kan..ada yang bagi coklat, cawan kain sapu tangan + sudu garfu, cup cake..muffin...haaiisss macam-macam lah kan...pernah dapat sebungkus bag yang pelbagai makanan ada di dalamnya....????pernah kan...ada gula2..keropok..air mineral or air kotak, jelly...tahukah anda bila kita kira balik harga barang-barang tersebut lebih mahal dari bunga telur yang dulu-dulunya kita beri pada tetamu....dan tahukah anda kadang kala golongan penerima bagi barang atau buah tangan tersebut adalah golongan dewasa..tetapi barangan yang diberikan layak untuk kanak-kanak...heeeemmmmm..lebih baik kita amalkan penggunaan telur je kan...kesian pakcik makcik kene makan keropok bantal, keropok durian, biskut jagung la..gula-gula macam-macam color lah...

kadang kala haruslah kita melihat dan berfikir jauh sikit siapa yang bertandang ke rumah kita...samada golongan kanak-kanak ataupun dewasa...selain itu , kita sendiri boleh save budget kan....beli banyak-banyak macam itu lagi besar sebenarnya ongkos yang perlu dikeluarkaaaaaannnn...


Tuesday 30 October 2012

DIA...siapa.....??


siapa dia..ada juga yang mengenali dia dan ada juga yg kurang kenal siapa dia....baru jer berumur 26 tahun..ok lah kan..matang dah...berasal dari kemayan pahang..penyampai radio di salah sebuah stesyen radio swasta.... dulunya di manis fm (kelantan)..negeri fm (n.sembilan) dan sekarang di THR Gegar (astro)...sangatlah bising bila dah buka mulut....asyiklah bercakap jer...mengalahkan mak ngah2 ....



mengenali dia bukanlah sesukar yang disangka...sepatah kita cakap berpuluh patah yang dia balas..selain menjadi penyampai radio sebagai sumber pendapatan tetap, shah juga selalu juga buat event / program luar dengan badan kerajaan mahupun swasta...contohnya di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan, shah pernah mengendalikan karnival pelancongan pelajar peringkat negeri..seronok memang tak hingat..terasa macam budak sekolah balik pulak...




konsert hiburan pun macam tu juga...seperti karnival wow..pesta air negeri sembilan...konsert hiruk pikuk, floria fest dan macam-macam lagi..shah pun turut membantu menceriakan majlis dan kenduri-kenduri kahwin...haaaa jom.... :)

ramlah ram...tetibe boleh pulak berduet dgn artis meletoppp nie...he3

bersama nasa thr gegar..menjayakan program berbuka puasa bersama media dan  selebriti

bersama man raja lawak ketika floria fest putrajaya
bersama rakan selebriti ketika menjayakan majlis berbuka puasa bersama media

edrie hashim...akustik raya astro..
abg jamal....mmg terbaik hero nie...
bersyukur kerana dianugerahkan bakat sebegini untuk tampil kehadapan dan menceriakan pengunjung yang hadir...kerana bakat ini juga shah telah belajar dan perbaiki segala kesilapan semasa mengendalikan program-program ini...ditemukan dengan barisan artis yang hebat, shah akan cuba buatkan yang terbaik agar setiap konsert mahupun program2 tertentu agar tidak kering gusi dan menghiburkan...

legend football malaysia...zainal abidin 

pak nil...terbaikkkkk

karnival wow putrajaya bersama abg aidiel ghaffar

penat gelak duduk dengan si Johan nie

otaii kita...salleh yaakob..
bila berdamping dengan mereka yang hebat nie semua buatkan shah ingin terus belajar dan majukan diri ke tahap yang lebih baik dari sekarang...mohon semua doakan yang terbaik yerrr.......hasil usaha shah...nama shah telah tercatat di dalam Malaysia Book of Record..bersiaran 120 jam tanpa henti..kejayaan besar di dalam arena penyampai radio telah menyuntik semangat shah untuk menjadi yang lebih terbaik....


shah harapkan kejayaan ini sebagai pemangkin untuk mengecapi kejayaan-kejayaan yang shah impikan...shah bahagia, happy dan cintakan apa yang ada sekarang ini...moga kalian semua doakan untuk shah yerk....... :)    (*****tetibe saya menjadi shah......tettttttttt............shah lah..hehehehehe)


kita dan dia....

waahhh kisah cinta pulak ker...fenomena kisah cinta agaknya sekarang nie kan..hehehehe kenapa dia dan kau..kenapa..kenapa...adoiii bila diungkapkan tentang perasaan pasangan harus panjang lebar penjelasannya kan..ianya melibatka hati dan perasaan..kadangkala ianya melibatkan juga tentang hati mereka yang lain...best la tu dok cinta-cinta nie yer...suka sangat lah tu...

yeaa wahai rakan...seronoknya bila masalah..susah senang suka duka pahit manis jatuh bangun sihat sakit boleh dikongsi bersama kan...bahagianya bila melihat kawan-kawan semuanya mengecapi bahagia mereka...haaa bila pula masa untuk kita...yaaaaa..tuhan telah pun tuliskan jodoh kita selengkapnya...sabar yaaa..belum masanya lagi...

haaaaa...????banyak dugaan...???yaaa pasti ada dugaannya...macam-macam kan...kita yang duduk dengan adik beradik serumah nie pun ada juga yang bertikam lidah, gurau-gurau manja...inikan orang yang tak pernah kita ketahui hidupnya sebelum ini...sabarrr....yaaa sabar je lah kan..hidup ini sangat lah macam-macam dugaan dan cabarannya...

beralah..yaa cara yang berkesan mungkin...moga-moga semunya mengecapi dan perolehi apa sahaja impian kan..waahhh dah macam pakar cinta pulak...ntah apa mengarut buka topik ini aku pun tak tau....

bye sayang... :)

Monday 29 October 2012

kita bukan nak jadi terbaik...tapiiii.........

bukanlah ingin menjadi yang terbaik atau sempurna tapi kita sendiri boleh menilai dan melihat kesempurnaan itu....bukanlah ingin menjadi terbaik tetapi kita sendiri boleh fikirkan apa yang baik harus kita lakukan...kenapa kita mesti hebohkan, tonjolkan seolah-olah kita sudahpun berubah tapi hakikatnya.......yeaaa kita nie hanya orang luar sahaja, tapi orang luar inilah yang melihat anda..orang luar inilah yang memandang anda.......

bukanlah mencari kesalahan orang, tapi ini juga yang perlu kita titik beratkan..berubah...??apa yang diubahkan...heemmm contohnya seantero malaya sudahpun ketahui yang kau telah mengenakan hijab....tapi gambar-gambar yang kau tayangkan kat laman sosial kau selepas perubahan yang kau lakukan sendiri masih tidak mengenakan hijab...malah baju kau sendiri pun hampir terdedah dengan macam2 panorama....jadi gambar-gambar yang mengenakan hijab tu sekadar ingin mendapat pujian sahaja kah...??yeaaa kau bukanlah glamor sangat pun, tapi perlulah fikirkan kebaikan dan keburukannya apa yang kau lakukan..

setelah berubah, boleh kau sukahati depan rakan sekerja buka tudung...tapi bila nak tangkap gambar cepat-cepat kau pakai tudung...elok jer nampak..coz kejap lagi harus orang luar akan komen yang elok-elok...mana pendirian kau yang sebenarnya...heemmm aku bukanlah yang terbaik, tapi kalau boleh kita elakkan perkara ini berlaku, apa salahnya kan..

kadang-kala orang bercerita mengenai kau bukanlah kerana benci tapi sayang kenapa perubahan yang dilakukan tidak menepati cara yang betul..haruslah kau fikirkan semua itu..jangan nak dengar pujian orang sahaja..orang kata kenapa perlu buat secara paksa...tapi kalau tidak dipaksa kemanakah kita...ianya bukanlah soal ikhlas atau tidak, ianya soal WAJIB......

aku juga bukanlah yang terbaik....tapi kalau boleh ingin elakkan ianya terjadi..

Friday 28 September 2012

....beruntungnya kita...

hari ini..waaaa ramainya yang duduk depan tv..dengar radio...amboiiiiii makngah..mak long..pak teh..pak su..mak itam..pak uda kusyuknya tengok budget 2013...ada lar tu yang tersenyum senyum kan...ada yang dapat bonus ker..ker ada yang dapat bantuan lain...ker lebih mudah berurusan dengan pelbagai kemudahan untuk kenikmatan pembelian sekian sekian dan sekian....nampak bertapa bagusnya bila kita dengar belanjawan yang dibentangkan petang tadi...walaupun tak banyak mesti ada yang dapat walau sedikit kan...

kita selalu fikir..bagusnya orang kerajaan..kerja tak banyak.kerja senang..bonus berlambak-lambak...adoiii ayat mak cik...sedapnya keluar dari mulut...(eehh aku pun bukan org gomen)...tapi kita sebenarnya boleh lihat yang bukan begitu sebenarnya..zaman telah berubah...jadi pekerja harus tingkatkan prestasi mereka setiap hari..mereka juga ada penilai yang menilai kerja mereka..jadi tak mahu lah ayat yang begitu sadis di dengar lagi kannnn...


bila budged 2013 dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri tadi semuanya boleh tersenyum..walaupun kau bukannya orang kerja kerajaan tapi ada juga bahagian kau...BRIM masih boleh dimohon..malah anak-anak muda 21 tahun ke atas layak mohon bantuan dari kerajaan..nampak ke tidak..tp janganlah lah pulak tidak jujur...adik-adik yang sekolah pun dapat juga bantuan seperti tahun 2012 ini..haaaa apa lagi..apa lagi yang tak cukup..tapi untuk menyedapkan selera semua rakyat dan masyarakat amatlah tidak adil pada kerajaan sendiri kan...(jangan nak minta bukan-bukan)..pembelian rumah..kemudahan artis dan atlit...tak juga dilupakan..ayat yang best dengar masa budged dibentangkan tadi "kalau dah namanya hutang, perlulah bayar"...yaaa betul...so janganlah nak harapkan PTPTN anda semua dimansuhkan..dah nama pun dulu pinjaman kenalah bayar....so jangan buat2 pandai tak mau bayar ok..adik-adik kita yang tengah belajar tu masih perlukan bantuan PTPTN tu juga...(jangan lepak tekak kau saja)..

bertuah dan beruntungnya kan...tapi masih lagi ada yang tak puas hati..haaa biasa lah tu..adik beradik pun bergaduh..boleh berebut macam-macam...inikan pula kita yang tak kenal rakyat-rakyat jelata (amboii ayat nak hebat)..ada saja silapnya...apapun...kita harus bersyukur..berbangga dengan negara kita yang aman..harmoni...dan elakkan kan dari pepecahan....bestnyerrrr........